Membuat Suami Seronok Di Rumah
Jika suami anda adalah orang yang penuh dengan kesibukan di luar
rumah, bukan bererti anda harus pasrah bahawa suami anda bersikap
demikian kerana mencari wang untuk menyara keluarga. Seboleh-bolehnya
jadikan rumah sebagai syurga bagi anda berdua sehingga walaupun suami
menghabiskan sebahagian besar waktunya di luar rumah, dia tetap ingin
untuk pulang cepat dan bertemu dengan anda. Tetapi bagaimana agaknya
cara untuk membuatkan suami berasa betah duduk di rumah?
Mungkin
ada sesetengah isteri yang merungut kerana suami sering sahaja tidak
‘lekat’ di rumah. Balik dari kerja, selepas mandi dan makan, keluar
semula dengan alasan mahu berjumpa rakan-rakan, bertemu pelanggan
(client), bos mahu jumpa dan berbagai lagi yang kadang-kadang lebih
kurang sama sahaja. Rumah bagaikan hanya tempat persinggahan sementara,
hanya tempat untuk mandi,makan dan tidur, itupun jika dia makan di
rumah. Ada sesetengahnya langsung tidak menjamah makanan yang isteri
masak.
Kalau hendak dikatakan urusan kerja, takkanlah waktu siang
harinya masih tidak mencukupi. Mungkin jika sehari, dua dalam seminggu
suami keluar tidak menjadi keraguan sangat terhadap si isteri tetapi
yang beratnya dalam seminggu hanya sehari atau dua yang dia lekat di
rumah. Kenapa perkara ini berlaku? Benarkah si suami ada urusan kerja
atau lebih suka menghabiskan masa dengan rakan-rakannya berbanding
isteri? Bagi anda, sebagai isteri pastilah mahu meihat suami sentiasa
berada di rumah, bukan niat hendak mengongkong tetapi mahu menghabiskan
waktu yang tinggal sisa hari itu bersama-sama dengannya. Untuk
membuatkan suami betah dan lekat di rumah, cubalah ikuti teknik ini,
mungkin anda dapat belajar sesuatu daripadanya.
Rancang dan Luangkan Masa Berkualiti Untuk Suami
Anda
perlu membiasakan setiap hari menyisihkan waktu untuk merancang tentang
bagaimana aktiviti seharian anda terutama waktu untuk melayani suami.
Luangkan waktu yang benar-benar berkualiti buatnya. Elakkan mengambil
waktu anda dalam keletihan atau mood tidak baik.
Ungkapan Perhatian dan Penghargaan
Biasakan
menyampaikan ungkapan-ungkapan penghargaan terhadap sesuatu hal
pemberian suami. Misalnya; ‘Bang, terima kasih ya, belikan …!’ Bila
perlu ketika anda mengucapkan kalimah itu sertakan sekali sebuah ciuman
mesra di pipi.
Wajib Lapor
Biasakan diri anda melaporkan atau
paling kurang pun memberitahu berita terbaru atau yang berlaku pada diri
anda walaupun beritanya tidaklah sepenting mana. Ini perlu kerana suami
akan merasa dihargai, dihormati dan tidak disisihkan dari perkembangan
diri dan aktiviti harian anda.
Hindari Berteka-teki
Jangan
biasakan bersikap atau berbuat perkara yang mengundang perasaan
teka-teki mahupun was-was. Misalnya, menyembunyikan sesuatu yang anda
ketahui. Bersikap terbukalah dengan suami, jangan sampai dia tidak
percaya lagi dengan anda.
Beri Harapan dan Impian
Menyampaikan
harapan dan impian pada suami itu sangat perlu, kerana pada akhirnya
semua perancangan anda akan melibatkan seluruh anggota keluarga. Katakan
anda berharap anda berdua akan tetap menjadi pasangan yang bahagia
hingga ke akhirnya.
Cinta Bukan Sekadar Janji
Anda boleh
memilih sebuah komitmen berdasarkan rasa cinta. Namun, anda tidak boleh
membuat diri anda merasa cinta pada orang lain. Biarkan suami tahu
bahawa hanya dia lelaki yang bertakhta di hati anda. Buktikan padanya
melalui tingkah laku dan kata-kata.
Gunakan Kod Rahsia
Banyak
pasangan yang malu atau tidak tahu bagaimana untuk mengajak pasangan
berhubungan intim. Salah satu caranya anda tidak perlu menggunakan kata
seks, tapi gunalah bahasa kiasan misalnya istilah tertentu seperti;
‘bermesra’.‘bercinta’ atau apa sahaja yang lembut. Anda berdua patut
mempunyai kod rahsia yang tepat dan sesuai dengan selera anda berdua.
Dan pastinya sebagai wanita anda harus menggunakan teknik penggoda anda
untuk memikat suami di ranjang, biarlah dia terkenang-kenangkan anda
walaupun di tempat kerja.
Komunikasi
Jangan cuba untuk
mengelakkan waktu berdua untuk bercakap-cakap. Apalagi bagi wanita,
kualiti waktu yang dimanfaatkan berdua adalah tunjang terpeliharanya
ghairah cinta. Jadi berbuallah bila sahaja ada waktu terluang, jangan
balik kerja, dua-dua senyap dan hanya mengadap televisyen.
Insya-Allah,
jika anda cuba praktikkan teknik-teknik di atas, suami anda pastinya
suka duduk di rumah. Jika boleh mahu cepat pulang ke rumah setiap hari
untuk bertemu bidadari yang melayannya bak raja. Dengan ini cinta anda
akan tetap utuh dan tangki cinta anda juga pasti sentiasa dipenuhi
dengan kasih sayang yang berkekalan.
Cinta bersyarat dan banyak lagi pastinya akan mengurangkan cinta anda jika tidak diubati terus
Untuk
mengisi tangki cinta, pasangan harus tahu apa yang menjadi keperluan
paling asas dalam perkahwinan mereka. Keperluan isteri dan suami sangat
berbeza. Pasangan yang tidak mengetahui hal ini akan berfikir, “kerana
saya mencintai kamu apa sahaja yang sesuai bagi saya pasti sesuai bagi
kamu juga.” Padahal dalam realitinya hal ini tidak benar. Dan anda
haruslah bersama-sama mencari cara bagaimana untuk sentiasa untuk
memenuhi tangki cinta anda berdua.
No comments:
Post a Comment